Friday 27 July 2012

Program Orientasi Kokurikulum di Politeknik Muadzam Shah, Pahang

Program Orientasi bagi kursus kokurikulum telah di adakan di PMS pada 2-6 Julai 2012. Seramai 60 org pensyarah  telah menghadiri program orientasi tersebut. Setiap politeknik telah menghantar 2 org wakil yg terdiri daripada penyelaras kursus AR101 & AR201.

Peserta juga berpeluang merasai pengalaman bermain woodball kerana di PMS terdapat sukan woodball. 



Sukan woodball

Pemandangan di PMS

Terima kasih juga BPK ucapkan kepada PMS di atas layanan mesra pensyarah mereka khusunya En Rasidi Hazman serta kakitangan PMS. PMS selaku urusetia bersama telah menyediakan makanan yg sedap kepada peserta program sepanjang mereka menginap di Ivory Inn, PMS.

Udang galah
Daging rusa
Nasi beriyani


Friday 29 June 2012

Bengkel Orientasi Kokurikulum - Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)

Pada 20-21 Jun 2012, Bhg Pembangunan Kurikulum (BPK) telah mengadakan Bengkel Orientasi Kokurikulum bersama Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) utk menyemak kandungan kurikulum AR201 Unit Beruniform - JPAM. BPK menjemput JPAM kerana mereka adalah content expert bagi kursus tersebut dan JPAM telah memberi kerjasama yg cukup baik dan menyumbangkan kepakaran dlm memastikan kandungan kurikulum adalah relevan.

Wakil dari politeknik dan JPAM
Anggota JPAM
Mej (PA) Rohaizat bin Hadli
Pembentangan oleh Tn Hj Mohd Azman dari POLISAS

Friday 25 May 2012

Jadual UPA Bulan Mei 2012

Pada bulan ini selesai sudah siri jelajah orientasi kurikulum JPA & JMSK yg melibatkan 5 Zon iaitu;
  1. Zon Utara
  2. Zon Tengah
  3. Zon Selatan
  4. Zon Pantai Timur
  5. Zon Borneo
Program Orientasi yg terakhir melibatkan Zon Pantai Timur iaitu pada;

  • 2-3 Mei 2012: PSMZA, PKT & PHT

Namun begitu sesi orientasi khusus utk kursus kokurikulum akan di adakan pada bulan Julai di Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

Monday 30 April 2012

Jadual UPA Bulan April 2012

Program Orientasi Kurikulum JPA & JMSK diteruskan pada bulan April, kali ini ia melibatkan politeknik berikut;

  • 4-5 April 2012: PKB & PJK
  • 12-13 April 2012: POLISAS & PMKU
  • 16-17 April 2012: PKK & PSS
  • 19-20 April 2012: PKS & PMU

Friday 30 March 2012

Jadual UPA Bulan Mac 2012

PROGRAM ORIENTASI KURIKULUM JPA & JMSK pada bulan Mac melibatkan politeknik berikut;

  • 1-2 Mac 2012: PSP & PBU
  • 6-7 Mac 2012: PSA & PSAS
  • 8-9 Mac 2012: PNS, PBS & PMKL
  • 12-13 Mac 2012: PSIS & PUO
  • 15-16 Mac 2012: PMS & PMJ
  • 20-21 Mac 2012: PIS & PMJB
  • 26-27 Mac 2012: PPD, PMK & PMM


Sekitar Program Orientasi di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) pada 20-21 Mac 2012

Bersama fasilitator Cik Ooi Kien Bee dari PKS
Sesi perbincangan

Thursday 16 February 2012

Jadual UPA Bulan Februari 2012

Aktiviti UPA sepanjang bulan Februari 2012

2 Feb 2012: Mesyuarat Norma Peralatan JPA/JMSK
8 Feb 2012: Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Kurikulum Pend. Islam / Pend. Moral, Tamadun Islam & TITAS
22 Feb 2012: Bengkel Orientasi Kurikulum untuk Ketua Jabatan JPA/JMSK
23 Feb 2012: Mesyuarat Pemurnian Instrumen PPSMTI
24 Feb 2012: Mesyuarat Pemantapan Politeknik Premier - Poly U
27-28 Feb 2012: Program Orientasi Kurikulum di POLIMAS (PTSS turut terlibat)

Friday 20 January 2012

Sijil Penghargaan Tahun 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
UPA BPK mengucapkan terima kasih kepada semua penggubal kurikulum yang terlibat dalam semak semula kurikulum CQI pada tahun 2011 di atas sumbangan, kerjasama dan kehadiran dalam melaksanakan kurikulum CQI yang digunapakai pada sesi Disember 2011. Tidak lupa juga kepada penggubal kurikulum baharu khususnya kursus Pendidikan Islam yang akan berkuatkuasa pada sesi Jun 2012.

Oleh itu UPA BPK akan memberi Sijil Penghargaan kepada semua yang terlibat. Mesyuarat Semak Semula Kurikulum CQI akan diteruskan pada tahun 2012 sebagai sambungan kepada tahun 2011 khususnya bagi kursus-kursus yang belum siap sepenuhnya pada tahun 2011 seperti Bahasa Arab 3, Mandarin 3, Japanese 2 & 3 serta kurikulum Sijil Kemahiran Khas.

Terima kasih.